Ahlan wasahlan

Terima kasih kerana sudi ziarah ke blog saya.Semoga saya dapat berkongsi ilmu yang bermanfaat untuk semua.

Ahad, 4 November 2012

Perkongsian

Hari ini 4 Nov 2012 saya, zauj dan anak-anak telah pulang ke kampung mertua di Teluk Kumbar P. Pinang. Tujuan pulang adalah untuk berziarah dan membawa pulang sedikit cenderahati dari mesir dan gaza yang telah dibawa balik oleh zauj dari Gaza Palestin. Apabila sampai di kampung kami disambut oleh oleh kedua orang tua kami yang pada saya memang telah ternanti2 sejak hari khamis lepas iaitu tarikh kpulangn suamiku dari Gaza. Memang terpancar wajah kegembiraan di wajah mereka setelah melihat anak mereka pulang ke rumah dalam keadaan sihat.

Ada satu perkara yang saya ingin kongsikan di sini, tiba-tiba selepas solat Asar saya rasa sangat teringin untuk mengambil buku2 novel yang memang banyak tersusun di dalam rak. Adik ipar saya memang sangat berminat membeli dan membaca novel. Saya cuba mencari-cari tajuk novel yang agak menarik untuk dibaca.Selepas dibelek dan dibaca sinopsis di belakang novel tersebut, saya pun mengambil salah satu novel untuk dibaca yang agak menarik minat saya.

Apa yang pasti majoriti novel dalam rak tersebut adalah novel yang berunsur cinta sesama manusia. Memang sebenarnya sudah lama saya tidak memberikan masa saya untuk novel2 sebegitu. Tetapi hari ini hati ini sangat teringin untuk membuka dan membaca isi novel2 yang digilai oleh kebanyakan remaja. Saya akui sepanjang saya di sekolah menengah sehinggalah sekarang saya rasakan baru 3 novel yang saya baca dengan 'page by page'.

Ini tidak bermakna saya tidak suka membaca kerana di rumah saya terdapat ratusan buah buku, dan buku2 itu adalah buku yang berunsurkan ilmiah.Mungkin sebab itulah novel yang berunsurkan cinta kepada manusia tidak menjadi pilihan saya kerana setiap kali saya membaca novel saya merasakan yang ada perkara lain yang lebih penting untuk saya lakukan daripada membaca novel.

Saya tidak bermaksud untuk menghalang para remaja dan juga peminat novel tidak boleh membaca novel yang berunsurkan cinta sesama manusia. Bagi saya novel sebegini adalah sebenarnya hanya sebagai hiburan dan dari satu sudut saya agak tidak bersetuju dengan sesetengah novel yang menceritakan perkara-perkara yang agak keterlaluan yang memang tidak dibenarkan oleh syara'. Novel juga ibarat sebuah filem dan drama cuma ianya tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Ianya akan menyebabkan pembaca membayangkan situasi2 yang diceritakan oleh penulis.Bagi saya novel adalah satu bentuk bahan bacaan yang agak ringan dan tidak hairanlah novel yang berunsurkan cinta sesama manusia mendapat tempat di hati para remaja.

Sebenarnya penulis2 novel sangat mudah untuk mendekati masyarakat kerana novel adalah medium untuk penulis menyampaikan sesuatu kepada masyarakat. Pada pendapat saya alangkah baiknya jika para penulis menggunakan medium ini untuk membawa Islam kepada masyarakat terutamnya para remaja yang sangat meminati novel yang terdapat di pasaran. Dan saya juga mengucapkan tahniah kepada penulis-penulis novel islami yang sedikit sebanyak dapat mengambil tempat di medan penulisan. Dan saya mengharapkan lebih ramai lagi penulis2 novel islami pada masa akan datang.Diharapkan dengan mata pena juga Islam dapat disebar luaskan oleh penulis2 novel islami.

Sama-sama kita kembalikan kegemilangan Islam di bumi Allah ini. Semoga setiap perkara yang kita lakukan adalah semuanya kerana untuk tegakkan Islam yang suci ini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan