Ahlan wasahlan

Terima kasih kerana sudi ziarah ke blog saya.Semoga saya dapat berkongsi ilmu yang bermanfaat untuk semua.

Ahad, 4 November 2012

Perkongsian

Hari ini 4 Nov 2012 saya, zauj dan anak-anak telah pulang ke kampung mertua di Teluk Kumbar P. Pinang. Tujuan pulang adalah untuk berziarah dan membawa pulang sedikit cenderahati dari mesir dan gaza yang telah dibawa balik oleh zauj dari Gaza Palestin. Apabila sampai di kampung kami disambut oleh oleh kedua orang tua kami yang pada saya memang telah ternanti2 sejak hari khamis lepas iaitu tarikh kpulangn suamiku dari Gaza. Memang terpancar wajah kegembiraan di wajah mereka setelah melihat anak mereka pulang ke rumah dalam keadaan sihat.

Ada satu perkara yang saya ingin kongsikan di sini, tiba-tiba selepas solat Asar saya rasa sangat teringin untuk mengambil buku2 novel yang memang banyak tersusun di dalam rak. Adik ipar saya memang sangat berminat membeli dan membaca novel. Saya cuba mencari-cari tajuk novel yang agak menarik untuk dibaca.Selepas dibelek dan dibaca sinopsis di belakang novel tersebut, saya pun mengambil salah satu novel untuk dibaca yang agak menarik minat saya.

Apa yang pasti majoriti novel dalam rak tersebut adalah novel yang berunsur cinta sesama manusia. Memang sebenarnya sudah lama saya tidak memberikan masa saya untuk novel2 sebegitu. Tetapi hari ini hati ini sangat teringin untuk membuka dan membaca isi novel2 yang digilai oleh kebanyakan remaja. Saya akui sepanjang saya di sekolah menengah sehinggalah sekarang saya rasakan baru 3 novel yang saya baca dengan 'page by page'.

Ini tidak bermakna saya tidak suka membaca kerana di rumah saya terdapat ratusan buah buku, dan buku2 itu adalah buku yang berunsurkan ilmiah.Mungkin sebab itulah novel yang berunsurkan cinta kepada manusia tidak menjadi pilihan saya kerana setiap kali saya membaca novel saya merasakan yang ada perkara lain yang lebih penting untuk saya lakukan daripada membaca novel.

Saya tidak bermaksud untuk menghalang para remaja dan juga peminat novel tidak boleh membaca novel yang berunsurkan cinta sesama manusia. Bagi saya novel sebegini adalah sebenarnya hanya sebagai hiburan dan dari satu sudut saya agak tidak bersetuju dengan sesetengah novel yang menceritakan perkara-perkara yang agak keterlaluan yang memang tidak dibenarkan oleh syara'. Novel juga ibarat sebuah filem dan drama cuma ianya tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Ianya akan menyebabkan pembaca membayangkan situasi2 yang diceritakan oleh penulis.Bagi saya novel adalah satu bentuk bahan bacaan yang agak ringan dan tidak hairanlah novel yang berunsurkan cinta sesama manusia mendapat tempat di hati para remaja.

Sebenarnya penulis2 novel sangat mudah untuk mendekati masyarakat kerana novel adalah medium untuk penulis menyampaikan sesuatu kepada masyarakat. Pada pendapat saya alangkah baiknya jika para penulis menggunakan medium ini untuk membawa Islam kepada masyarakat terutamnya para remaja yang sangat meminati novel yang terdapat di pasaran. Dan saya juga mengucapkan tahniah kepada penulis-penulis novel islami yang sedikit sebanyak dapat mengambil tempat di medan penulisan. Dan saya mengharapkan lebih ramai lagi penulis2 novel islami pada masa akan datang.Diharapkan dengan mata pena juga Islam dapat disebar luaskan oleh penulis2 novel islami.

Sama-sama kita kembalikan kegemilangan Islam di bumi Allah ini. Semoga setiap perkara yang kita lakukan adalah semuanya kerana untuk tegakkan Islam yang suci ini.




Sabtu, 28 Januari 2012

Rasulullah Kekasih Hatiku

Salam kepada Baginda Rasulullah S.A.W. Walaupun ulama' khilaf mngenai tarikh kelahiran Rasulullah, Alhamdulillah Malaysia masih meletakkan satu hari dalam bulan Rabiulawal untuk kita mengimbau kembali kisah2 Rasulullah. Namun kita sebagai umat Islam sepatutnya sentiasa mengingati Baginda walau di mana kita berada.

Saya teringat salah satu rancangan tv yang telah mengadakan rancangan "لو كان بيننا" . Sangat bagus rancangan ini untuk kita menonton jikalau hendak dibandingkan dengan rancangn realiti yg kini menjadi topik bualan utama masyarakat kini. Rancangan ini cuba membawa kita merasai andainya Rasulullah masih bersama kita pada waktu ini.

Jika kita menyanyangi Baginda kita perlulah cuba untuk melakukan semua sunnah2 baginda. Namun ramai umat Islam terlepas pandang bahawa sunnah baginda yang terbesar adalah berdakwah. Rasulullah S.A.W bersabda :"بلغوا عني ولو أية"yang bermaksud sampaikanlah daripadaku walau satu ayat. Ini bermaksud semua umat Islam wajib berdakwah kepada semua ummat manusia di alam yang fana' ini. Oleh yang demikian untuk berdakwah kita juga perlu mempersiapkan diri dengan kefahaman2 Islam yang sebenar dan syumul.

Maka semua kita wajib merasa ianya adalah agenda utama dalam hidup. Untuk mengajak oranga lain ke arah Islam yang sebenarnya tidak semestinya kita perlu menjadi sepertinya. biarlah kita dengan identiti kita biarpun orang nama kita terlalu skema, baik, buat2 baik atau sebagainya. Kita perlu mengambil pengajaran dari cara hidup Baginda. Walaupun Baginda berdepan dngan orang kafir Baginda adalah baginda. Bukan orang lain.Oleh kerana itulah seluruh penduduk Makkah termasuk orang kafir menggelarkan Baginda dengan Al-Amin.

Jadi kita tidak perlu menjadi orang lain. jadilah diri kita dengan seikhlasnya. Apa yang penting di sini untuk kita berkongsi apabila kita berdepan dengan mad'u perkara utama ialah kita mesti niat untuk membawanya kepada ajaran Islam yang sebenar2nya. Dan seperkara lagi doakanlah kebahagiaan mereka, kerana mereka juga mengucap dua kalimah syahadah maka mereka adalah saudara seIslam kita. Jadi kita perlu selesaikan hak2 sebagai saudara seIslam. Insyaallah semoga Allah sentiasa mendekatkan hatinya bersama hati kita. Ganjaran Allah yang sangat indah dan tiada bandingnya iaitu syurga Allah sedang menanti kita.

Di samping sunnah terbesar ini janganlah pula kita abaikan sunnah2 baginda yang lain. Apa yang saya ketengahkan ini adalah sunnah terbesar Baginda. Semoga satu masa nanti Islam kembali gemilang seperti zaman Rasulullah S.A.W.

Rasulullah

Khamis, 15 Disember 2011

Kekuatan iman

Alhamdulillah, malam ini dapat jua saya menulis secebis kata-kata untuk kita berkongsi bersama. Sejak beberapa bulan ini mata pun dah berpinau-pinau asyik mengadap tempahan coklat dan apam yang banyak. Alhamdulillah rezeki dari Allah. Suatu ketika dahulu tidak pernah terlintas di dalam hati untuk menjadi ushanita seperti sekarang. Semuanya adalah perancangan Allah. Dia mengetahui setiap lintasan dan masa depan kita semua. Alhamdulillah wa syukurillah yang tidak terhingga saya panjatkan kepada Yang Maha Mencipta.

Alhamdulillah baru-baru ini saya dan team saya (Kelab Remaja ISMA Kepala Batas) telah dapat menyelesaikan satu lagi tanggungjwab kami untuk berdakwah dan membawa remaja-remaja sekitar Pulau Pinang dapat beramal dengan ajaran Islam yang sebenar-benarnya. Kem Eksplorasi Remaja Islam (KERIS) salah satu dari produk KRIM.

Apa yang saya nak kongsikan di sini, walaupun saya hadir sebagai urusetia yang banyaknya di dapur bersama kuali dan periuk, namun saya sempat juga berlari sekejap-sekejap ke dewan utama untuk melihat perjalanan program. Perkara utama yang mencuit hati saya dalam program ini adalah semangat adik-adik ini untuk mencari Islam dan belajar berdakwah kepada orang lain. Teringat masa saya mula-mula kenal dengan dakwah dan tarbiyah di kolej dulu. Semangatnya sentiasa naik untuk mendidik adik2 junior. Rumah sewa saya dan kawan-kawan seringkali menjadi tempat mesyuarat dan makan-makan. Maklumlah penghuni-penghuni rumahnya suka memasak hehe. Setiap hari adalah pengalaman dan kenangan. Andainya boleh diputar semula masa itu........... yang pastinya ia tidak akan dapat diputar sampai bila2. Hanya memori dan gambar-gambar menjadi teman untuk saya tersenyum seorang diri mengingati masa lalu yang penuh kenangan :)

Namun kini ianya telah berlalu 11 tahun dulu. Saya juga sudah bergelar seorang isteri dan ibu. Apakah semangat itu masih segar dalam setiap urat nadi ini. Tidak saya nafikan apabila sudah berumahtangga banyak perkara yang perlu dititik beratkan. Apabila dinilai seolah-olah sama sahaja kepentingannya. Saya hanya manusia biasa. Kadang-kadang tercicir jua salah satu perkara tersebut. Bukan senang untuk kita seimbangkan jawatan2 kita seperti ibu, isteri, dakwah. Saya bagi contoh mudah. Bila anak sakit jadi dua tanggungjwab tadi akan menjadi no 2. Namun yang sebenar-benarnya adalah tidak kira apa pun situasi kita dakwah adalah no 1. Jika kita jaga agama Allah maka Allah akan jaga kita.

Inilah konsep tawakkal yang saya cuba terapkan dalam hidup saya. Semoga Allah memberi kekuatan kepada diri saya untuk menguruskan tanggungjawab2 saya ini. Semoga kita semua dalam rahmat Allah.

Didedikasi lagu ini khas untuk da'ie ilallah

http://www.youtube.com/watch?v=w2I1leq039A

Isnin, 1 Ogos 2011

RAMADHAN DATANG LAGI.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Ramadhan Kareem kepada semua pengunjung blog saya ini. Bulan seribu rahmat yang mana pintu syurga dibuka seluasnya manakala pintu neraka akan ditutup serapat-rapatnya. Doa juga akan dimustajabkan doa pada bulan ini maka marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah S.W.T. Janganlah lepaskan peluang ini.

Bulan ini juga mempunyai satu malam yang amat istimewa Allah sediakan kepada kita ummat Islam seluruh pelusuk dunia iaitu malam Lailatul Qadar. Saya ingin lontarkan di sini apakah yang akan lakukan apabila kita berada di malam Lailatul Qadar? Sebelum itu, apakah persediaan kita untuk menghadapinya? Adakah kita layak untuk bertemu dengannya? Jawapannya adalah beramal dan berdoalah kepada Allah. Semoga kita dipertemukan oleh Allah dengan malam seribu rahmat ini.

Kembali dengan pertanyaan saya tadi, apakah yang kita akan lakukan apabila kita bertemu dengan malam seribu rahmat ini. Ada yang berkata saya akan minta doa saya dimakbulkan, dan ada yang mengatakan saya akan minta kebahagiaan dalam hidup saya. Jawapan yang sebenarnya adalah bergantung kepada diri kita sendiri, sejauh mana kita mempersiapkan diri kita untuk menghadapi malam seribu rahmat ini.

Wahai saudaraku kurangkanlah perkara-perkara yang dapat melalaikan diri kita. Gunakanlah masa sebaik mungkin untuk kita manfaatkan bulan ini kerana kita tidak akan pasti adakah tahun hadapan kita akan bertemunya lagi. Amat rugilah bagi orang-orang yang tidak manfaatkanya sebaik mungkin.

Antara impian saya dalam bulan ini ialah saya akan cuba sedaya upaya tanpa jemu untuk memberi semangat kepada anakanda tecinta yang berumur 6 tahun untuk terus melatih diri untuk berpuasa semoga Allah memberi kekuatan kepadanya. Semoga semangatnya untuk terus berpuasa tidak pernah luntur. Saya berharap dengan latihan ini dapat menjadikan anakanda Ulwan menjadi mujahid sejati yang sentiasa membela agama Allah. Amin.

Justeru ayuhlah wahai saudaraku untuk terus merebut peluang yang ada ini untuk beramal dan meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah. Semoga dengan keluarnya kita dari madrasah Ramadhan ini kita akan tergolong di dalam golongan orang yang beraqwa. Amin.

Rabu, 29 Jun 2011

israk mi'raj

Setiap kali menjelang hari-hari penting dalam Islam semua umat Islam akan didedahkan dengan kisah-kisah yang berkaitan hari-hari tersebut. Termasuklah hari Isra' dan Mi'raj. Banyak ibrah yang dapat kita ambil dari hari-hari kebesaran tersebut. Tetapi persoalannya di sini sejauh mana kita mengaplikasikan dalam kehidupan kita? Jika kita tanya murid sekolah rendah sekarang ini mereka pun tahu apa itu israk dan mi'raj.

Saya ingin menyentuh satu perkara yang paling utama dalam kisah ini adalah mengenai solat. Asalnya kita ummat Muhammad di fardhukan sebanyak 50 waktu solat. Sehinggalah Nabi Muhammad disuruh untuk berjumpa dengan Allah untuk mengurangkan lagi jumlah waktu solat walaupun Nabi berasa amat malu di hadapan Allah kerana terlalu banyak meminta. Dan akhirnya sehinggalah waktu solat hanya tinggal 5 waktu sahaja. Itupun ada seorang nabi mengatakan yang ummat Muhammad masih belum mampu untuk menunaikannya. Tetapi nabi Muhammad sudah berasa malu untuk meminta lagi. Akhirnya sehinggalah sekarang kita wajib menunaikan solat lima waktu sehari semalam.

Apa yang saya nak lontarkan di sini, meninggalkan solat 5 waktu adalah menjadi perkara biasa pada masyarakat Islam sekarang. Mengapa terjadi sedemikian? Tidak sedarkah kita Allah telah meminjamkan segala ni'mat untuk kita. Andainya hanya mempunyai tangan sebelah sempurnakah kita? andainya ditarik ni'mat mata, mampukah kita menghadapinya? andainya ditarik ni'mat bau, terganggukah hidup kita? Fikirlah wahai saudaraku. Ini adalah ni'mat yang sungguh tidak ternilai Allah telah memberikan kepada kita. Bagaimanakah caranya untuk kita mengucapkan terima kasih kepada Allah? Bagaimanakah caranya kita nak membalas segala ni'mat yang Allah berikan? Tentulah dengan solat kerana solat adalah merupakan tanda syukur atau terima kasih kita kepada Allah. Saudaraku, tidak perlu bayaran walau sesen pun. Berat sangatkah kita untuk mengucapkan terima kasih kita kepada Allah? janganlah jadi manusia yang sombong dan bongkak, apabila diberi ni'mat tidak tahu untuk membalasnya. Siapakah kita untuk sombong dengan Allah. Sedangkan Allah mengetahui segala-galanya tentang diri. Adakah sanggup untuk kita sombong kepada Allah???? fikirlah wahai saudaraku.

Solatlah.....kerana solat akan mencegah diri kita dari segala ma'siat. Khusyu'kanlah diri dalam solat kita akan mendapat kemanisannya. Percayalah wahai saudaraku. Bagaimana Saidina Ali semasa menjadi Amirul mu'minin sebelum solat dia akan berasa gementar untuk berjumpa dengan Allah kerana beliau akan memberi laporan tugasannya kepada Allah sebagai Amirul Mu'minin. Begitulah orang yang khusyuk dalam solatnya. Kita bagaimana wahai saudaraku. Kadang-kadang dalam solatlah kita akan mengingati segala perkara yang kita lupa, mula ingat akan buat itu dan ini, sungguh sedikit ingatan dan fokus kita kepada Allah. Kita lupa yang kita sedang berjumpa dengan Allah. Kita lupa yang kita sedang berbicara dengan Allah. Malunya ya Allah.....

Renungkanlah wahai saudaraku. Sejauh mana khusyu' kita di dalam solat dan sejauh mana syukur kita kepada Allah. wallahua'lam.

Jumaat, 10 Jun 2011

Impian hati

Bila terdengar saja lagu layar keinsafan dari mestica ini, hati berasa amat tenang.Entah kenapa hati ini tidak pernah jemu mendengar lirik n rentak lagu ini. Mungkin inilah yang selalu bermain dibibir ketika bertemu Sang Khaliq. Manusia tidak akan terpisah dengan kelalaian dan kelupaan kepada Rabbnya.

Kali ini saya ingin menyentuh tentang impian hati saya ini. Siapa yang tidak mahu melihat keluarganya sempurna dari segala genap segi. Namun ujian pasti datang menjenguk tannda Allah sedang sedang memberi perhatian kepada orang yang diuji. Kalau diikut hati ini ingin sekali melihat kami semua sekeluarga berjaya mengemudi diri hingga ke akhirat sana. Hati ini ingin sekali melihat anak-anak berjaya di dunia dan di akhirat. Hati ini ingin memastikan keperluan untuk anak-anak mencukupi. Kalau boleh hati ini tidak mahu melihat sedetik pun kesusahan mereka. Tetapi sebenarnya dengan kesusahanlah anak-anak boleh berdikari dan berdiri di atas kakinya sendiri. Entahlah..... saya mampu atau tidak untuk mnghadapi atau melihat anak-anak dalam kesusahan.

Hati ini ingin sekali merasai kasih sayang seorang suami yang ikhlas dan tiada sempadan kepada seorang isteri yang telah menyerahkan jiwa dan raga kepada suaminya. Saya ingin sekali suami saya menyanyangi sehingga ke akhir usia kami dan terus hingga ke syurga. Saya yakin suami saya mampu melakukannya kerana dia seorang suami yang soleh. Kadangkala kita tersalah langkah tetapi kita cepat tersedar dan kembali ke jalan yang diredhoinya. Ini lah manusia hebat. manusia yang mampu bangun semula dari kesalahan yang telah dia lakukan. Saya dan suami tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.Bila kita tersedar dan kembali brtaubat dengan bersungguh-sungguh insayaallah pintu taubat Allah terbuka dengan luasnya. Hati ini ingin sekali sentiasa merasai rahmat Allah yang melimpah ruah dalam rumahtangga kami. Semoga impian hati ini menjadi kenyataan hendaknya. Allah maha mendengar walau dari bisikan hati sekalipun.

Terlalu banyak impian yang diharapkan kepada Allah. Semoga saya tidak tergolong dalam manusia yang tamak yang selalu meminta bermacam-macam kepada Allah. Tetapi dalam hati ini selalu mengingatkan kalau kita ingin meminta bermacam-macam kepada Allah kita perlu memberi ketaatan kepadanya sebaik yang mungkin. Ya Allah Engkau lebih mengetahui segalanya. Doakan kebahagiaan kami hingga ke syurga. Amin.