Ahlan wasahlan

Terima kasih kerana sudi ziarah ke blog saya.Semoga saya dapat berkongsi ilmu yang bermanfaat untuk semua.

Rabu, 9 Jun 2010

Terima kasih anak muridku

“Muallimah, dah ada orang naik rumah ka?” Tanya anak murid saya tahun 5 ketika kami sedang asyik berbincang dalam slot mentor- mentee.”Siapa yang naik rumah?” saya bersoal semula kepadanya. “Ala…..cincin kat jari muallimah tu.Mesti dah ada orang naik rumah”mereka menjawab.Tersenyum saya mendengar penjelasan mereka.Pandai sungguh budak – budak ni menggunakan bahasa kiasan (bertunang).Saya sendiri pun tidak pernah mendengar kiasan tersebut.

Peristiwa ini berlaku enam tahun yang lalu.Tetapi sebagai seorang guru peristiwa ini masih segar di ingatan saya.Lebih kurang 2 @ 3 hari yang lalu anak murid saya yang mengajukan soalan itu tiba – tiba menyapa saya dalam facebook. Dalam mesej tersebut berbunyi “muallimah dah lama saya mencari muallimah.Akhirnya saya bertemu juga muallimah dalam facebook ni.” Terharu saya mendengarnya.Air mata saya hampir menitis bila membaca ayat – ayat beliau. Sekarang beliau berada di tingkatan 5 Maktab Mahmud Yan Kedah. Semasa saya sedang menulis ini beliau sedang mengerjakan umrah bersama keluarganya.Semoga beliau dapat mengerjakan ibadah umrah dengan baik.

Beliau menulis lagi. “Muallimah, saya sekarang sudah menjadi seorang naqibah di sekolah. Saya mencedok sedikit sebanyak apa yang muallimah buat kat kami dahulu.Saya sudah mengikut jejak langkah muallimah”. Terpana saya sekejap dengan penjelasan beliau.Rupanya sentuhan saya yang tidak seberapa dulu masih lagi segar dalam ingatan beliau.Kemudian satu persatu kenangan bersama mereka bermain difikiran saya.Sungguh indah detik itu.

Tiada apa yang paling indah bagi seorang guru dan juga murabbi apabila melihat anak muridnya duduk dan berjuang meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini. Saya berbangga dengan beliau.Inilah harapan Islam terhadap umatnya. Menegakkan kalimah Allah walau di mana kita berada.

Kepada semua anak murid murid muallimah, mualliamah sentiasa doakan antum semua dapat menjadi seorang khalifah yang dapat mengemudikan kapalnya yang sarat dengan kefahaman Islam dan menyebarkan kepada seluruh umat di dunia ini dan akhirnya kapal itu sampai ke penghujung dengan keredhaan Allah S.W.T. Ameen.