Ahlan wasahlan

Terima kasih kerana sudi ziarah ke blog saya.Semoga saya dapat berkongsi ilmu yang bermanfaat untuk semua.

Khamis, 25 Mac 2010

Indahnya Kehidupan

1. CINTA
Hiduplah dengan cinta. Mencintai hidup, mencintai sesama dan seluruh
alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar
biasa.

2. HORMAT
Memberi dan menerima, sudah menjadi hal yang semestinya kita lakukan
dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang
lain. Membuat orang senang itu menyenangkan, let's get do it.

3. BERSYUKUR
Tak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah
bahwa Tuhan telah memberikan hidup pada kita. Mari jadikan hidup
penuh syukur.

4. BAHAGIA
Kata orang, bahagia itu relatif, tapi punya tanda minimal, yakni
senyum. Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumnya yang
paling manis. Bukankah senyum pada saudara adalah ibadah.

5. KEMAAFAN
Banyak orang stress gara-gara tak bisa memaafkan dirinya sendiri dan
orang lain. Hidupnya penuh dengan kemarahan, yang akhirnya membuat ia
tertekan. Padahal jadi seorang pemaaf lebih menyenangkan.

6. BERKONGSI
Salah satu cara membuat hidup itu tidak sepi adalah dengan berkongsi.
Berkongsi apa saja, berbual bersama teman2, berkongsi kasih sayang
dengan anak yatim atau yang lainnya.

7. KEJUJURAN
Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang selalu menambal jala
sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan,
tak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan.

8. KETULUSAN
Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat
hidup kita lebih mantap.

9. KEPEKAAN
Suatu keajaiban yang diberikan Tuhan pada kita adalah hati. Dengan
hati, kita bisa merasakan sedih dan senang, bisa memilih kebenaran.
Tinggal kita menjaga hati yang tetap peka.

10. KEDAMAIAN
Kedamaian adalah anugerah yang sangat mahal.

"tuhan satukan hati kita"

Selasa, 16 Mac 2010

Isnin, 15 Mac 2010

MESTI CUBA............

Sesekali tukar menu masak untuk family sedap jugak..........

Pizza.
Bahan-bahan ( 4-6 orang )
• Bahan utk Doh :-
• 1 kg tepung gandum
• 1 s/b minyak zaitun
• 11g mauripan (yis)
• 2 cawan air - suam2
• garam
• Bahan-bahan utk Topping (agak2):-
• Bawang merah
• Lada Capsicum hijau
• Nenas (dlm tin pun boleh)
• Daging kisar (Ramly)
• Cendawan butang
• Sosej
• Sos pizza (ada dijual)
• Lada sulah
• Bawang putih - utk menumis
• Mozarella

Cara-cara

1. Tumiskan bawang putih (diketuk + cincang) bila agak wangi masukkan daging
+ lada sulah + garam
2. Kacau hingga air daging kering dan sebati, angkat + ketepikan
3. Untuk Doh : masukkan tepung +air +yis + garam + minyak. Uli sehingga menjadi
doh dan perapkan selama 20min. Doh akan mengembang dan bahagikan kpd 6.
Canaikan/tekan2 atas tray.
4. Kemudian sapukan sos pizza dan taburkan mozarela sedikit dan kemudian
ditaburkan daging, hirisan sosej, lada, nenas dan bawang
5. Akhir sekali taburkan mozarella, dan bakar pada suhu 180c selama 25min
(grill bawah shj)

Sabtu, 13 Mac 2010

KEPENTINGAN MEMELIHARA HATI

Antara tanda - tanda hati masih sihat ialah bersih dari keinginan menipu, dengki dan permusuhan. Dalam hadith Rasulullah S.A.W ada diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W pernah ditanya: "Siapakah orang yang paling baik, ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah S.A.W ."Tiap mu'min yang makhmumul qalbi?" Beliau menjawab :"Iaitu orang yang amat bertaqwa, tidak menipu, zalim, kianat, mengambil yang bukan hak dan tidak menaruh hasad dan dengki."

Antara yang membuktikan hati masih selamat ialah sifat tenang dalam menghadapi sebarang keadaan. Sifat lapang dada dan jauh pandangan.
"Jika Demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya.(Surah Al-Zumar:22)

Dengan lapang dada, sebagai suatu kurnia Allah. Nur Ilahi kalau menerangi hati seseorang, maka dadanya menjadi lapang dan banyak sabar.Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah "Hanya dengan mengingati Allah sahaja segala hati menjadi tenang tenteram". (Surah Al-ra'd:28)

Dari penjelasan di atas nyatalah bahawa kita hendaklah mengambil berat tentang pemeliharaan hati. Hatinya hendaklah sentiasa dijamu dengan santapan dan bekal rohani sehingga menjadi Rabbani, jernih dan cerah, senantiasa takut kepada Allah dan senantiasa dalam ketenangan.

Manusia unggul yang kita teladani; Muhammad S.A.W telah mengajar kita cara memelihara hati supaya senantiasa subur dan bersih. Dalam kesempatan ini kita akan huraikan beberapa contoh ajaran dari sunnahnya untuk menjadi pedoman kepada sesiapa yang hendak menurut menjejak langkah orang - orang yang tinggi martabat ruhaniyyah mereka dan ingin mencapai martabat Rabbaniyyin.

1. Zikrullah
2.Muraqabatullah
3.Berjihad melawan Nafsu

Selasa, 9 Mac 2010

Anak - anak amanah yang berharga

Melihat situasi hari ini, dunia begitu jauh maju terkehadapan dalam arus kemodenan dan pembangunan.Sesakali saya berasa bangga dengan pencapaian akal fikiran manusia sehingga boleh menjadi maju sebegini.Anak kecil yang baru berumur 3 @ 4 tahun sudah pandai membuka komputer.Sungguh berbeza situasi sekarang berbanding situasi dahulu.

Tapi jauh disudut hati ini, berasa begitu gusar dan runsing apabila melihat keperibadian manusia yang semakin jauh dari nilai - nilai kemanusiaan yang sebenar. Adakah ini yang dinamakan kemodenan yang sebenar?Keikhlasan hanya kerana Allah sudah jauh terpesong.Masing - masing punya kepentingan peribadi.Itukah yang kita kejar selama hidup di dunia ini?Adakah kerana terlalu mengejar harta dunia atau terlalu mengejar nama hingga kita lupa mengejar keredhaan Yang Maha Esa.

Anak - anak semakin membesar.Mereka semakin memahami rencah hidup di dunia yang fana' ini.Sebagai ummi saya semakin risau dengan cabaran-cabaran hidup anak-anak di dunia ini.Risau anak - anak ini dididik oleh tangan - tangan orang yang tidak ikhlas ini.Saya hanya berserah dan tawakkal hanya semata - mata kerana Allah S.W.T "Anak-anak ummi yang ummi kasihi,ummi doakan kalian menjadi pulau yang indah.Di mana semua orang akan tertumpu di situ.Kalianlah akan mencorakkan pulau itu menjadi pulau yang indah di mata, indah di hati yang sentiasa tersemat nur Islam dan Iman.Walau sekuat mana ombak dan badai yang melanda kalian tetap teguh dan kuat.Itulah harapan ummi pada kalian".

"Ummi berharap ummi boleh menjadi ummi yang solehah yang boleh mendidik kalian sehebat Umar Al-Khattab, sepintar Salman Al Farisi, sewarak Uthman Bin Affan, setangkas Salahuddin Al-Ayyubi.Ummi sentiasa mendoakan kalian"

Walaupun cabaran dunia masa kini terlalu dahsyat saya berharap anak - anak ini dapat mengharunginya dengan penuh sabar dan kuat bermujahadah kepada Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal A'lamin.

Isnin, 8 Mac 2010

Dapatkah kita habuan doa baginda?

Dalam surah Al-Ghafir Allah S.W.T berfirman:

"(Malaikat-malaikat) yang memikul 'Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka yang beriman kepadaNya memohonkan keampunan bagi orang - orang yang beriman (seraya mengucapkan ) :'Wahai Tuhan kami, rahmat dan ilmu-Mu meliputi segala sesuatu, maka berilah keampunan kepada orang - orang yang bertaubat dan mengikuti jalan-Mu, dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang menyala - nyala. Wahai Tuhan kami, masukkan mereka ke dalam syurga 'Adn yang telah engkau janjikan kepada mereka dan orang - orang yang soleh dari kalangan bapa- bapa mereka, isteri - isteri mereka dan keturunan mereka seluruhnya. Sesunguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana, dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan.Dan, orang - orang yang Engkau pelihara mereka dari (pembalasan)kejahatan pada hari itu, maka sesungguhnya telah Engkau anugerahkan rahmat ke atas mereka dan itulah kemenangan yang besar."

Berdasarkan ayat di atas, kita catatkan berapa ciri hamba yang bakal mendapat habuan dari Doa Nabi s.a.w juga para malaikat.Semoga kita dapat menjiwainya.

a. Orang yang beriman

b. Orang yang bersungguh - sungguh bertaubat kepada Allah

c. Orang yang mengikuti jalan Allah (Syariat Dinul Islam)

Ayuh kita aminkan doa Nabi s.a.w dan doa para malaikat rahmat itu dengan ungkapan dan tindakan !

Keberkatan masa

masa adalah nikmat dan amanah Allah s.w.t kepada hamba - hambaNya.masa juga merupakan 'ujian' buat mereka, apakah diisi dengan taat ataupun disumbat dengan derhaka yang penyudahnya mengheret mereka ke lembah kerugian.