Ahlan wasahlan

Terima kasih kerana sudi ziarah ke blog saya.Semoga saya dapat berkongsi ilmu yang bermanfaat untuk semua.

Selasa, 11 Mei 2010

ayuhlah......teruskan perjuanganmu

Nabi Muhammad pernah ditawarkan jawatan yang tinggi, harta yang banyak dan wanita tercantik dengan syarat beliau berhenti membawa agama Islam di Tanah Arab.Walaupun menerima tekanan dan tentangan yang hebat sebelum daripada itu, beliau tetap bersama dengan perjuangan.Beliau adalah contoh paling baik bagi menunjukkan keteguhan dan keyakinan diri.

Remaja perlu ada jati diri agar hidup menjadi lebih berkualiti dan bererti.Jika hidup kalian bermatlamat pastikan kalian akan mencapai matlamat tersebut.Usah dilayan segala hiasan - hiasan duniawi.Semuanya akan membuat kalian lalai dan leka di pentas dunia ini.Remaja adalah generasi masa depan yang akan mencorakkan dunia ini.Jika kita tidak dipimpin suatu hari nanti pasti kita tidak akan mampu memimpin.

Ayuhlah wahai remaja, kalian perlu sama - sama merealisasikan apa yang kalian telah pelajari selama kalian di alam persekolahan.Gunakanlah masamu sebijak - bijaknya agar bila dipersoal kelak kalian boleh menjawab dengan lancar tanpa segan silu di akhirat nanti.


Jadilah kalian seperti Usamah bin Zaid di mana Rasalullah S.A.W telah melantik beliau menjadi pemimpin ketika usianya masih muda remaja,jadilah seperti Zainab Al-Ghazali di mana ketika masih remaja beliau telah mampu menubuhkan persatuan untuk wanita Islam di negaranya.Alangkah hebatnya jika kalian dapat mencontohi mereka.Inilah yang didahagakan oleh umat manusia zaman ini.

Fikir...........dan renunglah............di manakah kalian sebenarnya.Apakah yang kita cari sebenarnya dalam hidup ini.Keseronokan dunia atau keseronokan akhirat.Mintalah petunjuk kepadaNya yang Maha Agung.Pasti kalian akan temui jawapannya.