Ahlan wasahlan

Terima kasih kerana sudi ziarah ke blog saya.Semoga saya dapat berkongsi ilmu yang bermanfaat untuk semua.

Khamis, 22 April 2010

Pemimpin yang adil

Surah Saad: ayat 26: “Hai Daud, sesungguhnya Kami telah nobatkan kamu menjadi (pemimpin) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan hari perhitungan.

Dari surah di atas dapat kita simpulkan bahawa tugas seorang pemimpin bukannya mudah.Semakin berat tanggungjawab yang dipikul semakin banyaklah bebanan yang perlu ditanggung.Suami sebagai pemimpin rumahtangga,ibu sebagai pemimpin anak-anak, guru pemimpin kepada anak muridnya begitu juga majikan pemimpin kepada pekerjanya.Kerana itulah Allah jadikan manusia ini sebagai pemimpin di muka bumi.

Setiap kuputusan yang diambil perlulah melihat kepada kesan yang akan berlaku akibat daripada keputusan tersebut.Sudah pastilah siksaan Allah s.w.t amat berat jika seseorang pemimpin tersebut sengaja mengambil keputusan yang menyebelahi mana - mana pihak.

Seseorang pemimpin dilarang membuat sebarang keputusan ketika dirinya dalam keadaan beremosi kerana keputusan yang akan dibuat kelak akan mengikut kehendak syaitan.Oleh itu sebagai seorang pemimpin seelok-eloknya kita cuba membiasakan diri kita sentiasa dalam keadaan berwudhuk.

Sepatutnya seorang pemimpin sentiasa dicintai oleh rakyatnya atau orang yang dipimpinnya.Tetapi dewasa ini kita jarang dan susah untuk mencari pemimpin yang disegani rakyatnya.Di manakah silapnya?Tepuk dada tanyalah iman.Kalau kita lihat semasa Rasulullah S.A.W masih lagi hidup di muka bumi ini,orang kafir bukanlah membenci peribadi Rasulullah tetapi mereka membenci ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah.Inilah peribadi yang patut dicontohi oleh kita semua.

Semoga kita semua menjadi pemimpin yang adil dan sentiasa takutkan Allah.

Rabu, 14 April 2010

sujud syukur padaNya

Pagi ini saya mendapat mesej dari zauj tercinta.Mesej itu menanyakan adakah saya ingin mengetahui sesuatu darinya.Pelik juga hati ini tiba - tiba zauj tercinta bertanyakan begitu.Sebenarnya perasaan ingin tahu itu terlalu tinggi tetapi saya takut apa yang akan saya dengari itu adalah perkara yang tidak mengembirakan.Akhirnya diri ini memberanikan diri juga untuk bertanya apakah berita yang ingin disampaikan itu.

Alangkah terkejut bercampur gembira apabila beliau menceritakan dapat tawaran menulis buku kisah nabi dan para sahabat di bawah satu syrikat penerbitan buku yang terkenal di Malaysia (PTS).Akhirnya tercapai juga impian beliau ingin menulis buku berkaitan sirah nabi & sahabat.Memang itulah impiannya selama ini.TAHNIAH saya ucapkan untuk zauj tercinta.Sujud syukur kepadaNya yang tidak terhingga.

Alhamdulillah permintaan dan harapan kita ditunaikan oleh Rabbul Jalil.Ummi berharap abi berjaya menulis buku tersebut seperti yang telah dirancang.Mungkin inilah hadiah dari Allah S.W.T di atas kesabaran kita selama ini.Ummi turut bersyukur dan gembira dengan berita yang abi sampaikan pagi tadi.Sehinggakan bergenang air mata ummi kerana terlalu gembira.Air mata kegembiraan.Semoga Allah memberi kemudahan dan diharap segala-galanya berjalan dengan lancar.

Ahad, 11 April 2010

SIFAT-SIFAT WANITA AHLI SYURGA

Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga? Sebuah hadis Nabi menyatakan:
Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.
Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain"
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita. Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya.
Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.
Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa:
"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak."
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda:
"Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah!"

Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka. "
(Hadis riwayat Al Imam Bazzar)

Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak. Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami.
Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda:

"Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."
Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya.
"Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya. "
(Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.

Khamis, 8 April 2010

Ujian Allah pasti ditempuhi dengan sabar

Setiap hari yang dilalui pasti ada mehnah dan dugaan yang perlu ditempuhi.Baik banyak ataupun sedikit ujian itu pasti kita kena hadapi.Inilah yang dinamakan kehidupan.Bagi orang yang beriman ini adalah ujian dan bagi orang yang tidak beriman ini adalah kifarah dari Allah S.W.T.Sejauh mana kita boleh bersabar dengan ujian yang diberi bergantung kepada kekuatan iman kita.

Saya terbaca dalam satu artikel ada menulis,Allah memberi ujian kepada kita kerana Allah sayangkan kita.Ini menunjukkan Allah sedang memberi perhatian kepada kita.Ubat atau penawar yang paling berkesan untuk kita terus bersabar adalah kekuatan hubungan kita dengan Allah S.W.T.Memang mudah untuk kita berbicara.Tapi untuk kita hadapinya bukan semudah yang kita ucapkan dengan lidah kita yang tidak bertulang ini.

Seharian kita berhadapan dengan manusia yang berbagai matlamat,berbagai citarasa,berbagai kemahuan.Hanya Allah sahaja yang layak untuk menilainya.Tetapi dari sudut kita sebagai manusia dan hamba Allah yang kerdil ini kadang-kadang boleh menilai berdasarkan reaksi-reaksi yang ditunjukkan oleh orang lain.

Kadang-kadang reaksi yang ditunjukkan boleh mengembirakan kita,tetapi kadang-kadang reaksi yang ditunjukkan boleh menjatuhkan semangat kita.Cuma satu sahaja ubatnnya.Sentiasa berfikiran positif.Insyaallah hidup kita akan tenang dan berjalan dengan lancar.

"Ya Allah berilah kami kekuatan.Lorongkanlah segala keputusan yang kami buat ini ke arah yang Engkau redhoi.Janganlah Engkau bebankan kami dengan amanah dan tanggungjawab yang kami sendiri tidak mampu untuk memikulnya.Thabatkanlah hati ini di atas jalan dakwahMu".

Semoga Allah RabbulJalil dapat perkenankan dan memaqbulkan impian dan permintaan saya.Setiap apa yang berlaku pasti ada hkmahnya.Itulah kepastiannya.Amin.........