Ahlan wasahlan

Terima kasih kerana sudi ziarah ke blog saya.Semoga saya dapat berkongsi ilmu yang bermanfaat untuk semua.

Khamis, 22 April 2010

Pemimpin yang adil

Surah Saad: ayat 26: “Hai Daud, sesungguhnya Kami telah nobatkan kamu menjadi (pemimpin) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan hari perhitungan.

Dari surah di atas dapat kita simpulkan bahawa tugas seorang pemimpin bukannya mudah.Semakin berat tanggungjawab yang dipikul semakin banyaklah bebanan yang perlu ditanggung.Suami sebagai pemimpin rumahtangga,ibu sebagai pemimpin anak-anak, guru pemimpin kepada anak muridnya begitu juga majikan pemimpin kepada pekerjanya.Kerana itulah Allah jadikan manusia ini sebagai pemimpin di muka bumi.

Setiap kuputusan yang diambil perlulah melihat kepada kesan yang akan berlaku akibat daripada keputusan tersebut.Sudah pastilah siksaan Allah s.w.t amat berat jika seseorang pemimpin tersebut sengaja mengambil keputusan yang menyebelahi mana - mana pihak.

Seseorang pemimpin dilarang membuat sebarang keputusan ketika dirinya dalam keadaan beremosi kerana keputusan yang akan dibuat kelak akan mengikut kehendak syaitan.Oleh itu sebagai seorang pemimpin seelok-eloknya kita cuba membiasakan diri kita sentiasa dalam keadaan berwudhuk.

Sepatutnya seorang pemimpin sentiasa dicintai oleh rakyatnya atau orang yang dipimpinnya.Tetapi dewasa ini kita jarang dan susah untuk mencari pemimpin yang disegani rakyatnya.Di manakah silapnya?Tepuk dada tanyalah iman.Kalau kita lihat semasa Rasulullah S.A.W masih lagi hidup di muka bumi ini,orang kafir bukanlah membenci peribadi Rasulullah tetapi mereka membenci ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah.Inilah peribadi yang patut dicontohi oleh kita semua.

Semoga kita semua menjadi pemimpin yang adil dan sentiasa takutkan Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan