Ahlan wasahlan

Terima kasih kerana sudi ziarah ke blog saya.Semoga saya dapat berkongsi ilmu yang bermanfaat untuk semua.

Sabtu, 13 Mac 2010

KEPENTINGAN MEMELIHARA HATI

Antara tanda - tanda hati masih sihat ialah bersih dari keinginan menipu, dengki dan permusuhan. Dalam hadith Rasulullah S.A.W ada diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W pernah ditanya: "Siapakah orang yang paling baik, ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah S.A.W ."Tiap mu'min yang makhmumul qalbi?" Beliau menjawab :"Iaitu orang yang amat bertaqwa, tidak menipu, zalim, kianat, mengambil yang bukan hak dan tidak menaruh hasad dan dengki."

Antara yang membuktikan hati masih selamat ialah sifat tenang dalam menghadapi sebarang keadaan. Sifat lapang dada dan jauh pandangan.
"Jika Demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya.(Surah Al-Zumar:22)

Dengan lapang dada, sebagai suatu kurnia Allah. Nur Ilahi kalau menerangi hati seseorang, maka dadanya menjadi lapang dan banyak sabar.Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah "Hanya dengan mengingati Allah sahaja segala hati menjadi tenang tenteram". (Surah Al-ra'd:28)

Dari penjelasan di atas nyatalah bahawa kita hendaklah mengambil berat tentang pemeliharaan hati. Hatinya hendaklah sentiasa dijamu dengan santapan dan bekal rohani sehingga menjadi Rabbani, jernih dan cerah, senantiasa takut kepada Allah dan senantiasa dalam ketenangan.

Manusia unggul yang kita teladani; Muhammad S.A.W telah mengajar kita cara memelihara hati supaya senantiasa subur dan bersih. Dalam kesempatan ini kita akan huraikan beberapa contoh ajaran dari sunnahnya untuk menjadi pedoman kepada sesiapa yang hendak menurut menjejak langkah orang - orang yang tinggi martabat ruhaniyyah mereka dan ingin mencapai martabat Rabbaniyyin.

1. Zikrullah
2.Muraqabatullah
3.Berjihad melawan Nafsu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan