Ahlan wasahlan

Terima kasih kerana sudi ziarah ke blog saya.Semoga saya dapat berkongsi ilmu yang bermanfaat untuk semua.

Selasa, 9 Mac 2010

Anak - anak amanah yang berharga

Melihat situasi hari ini, dunia begitu jauh maju terkehadapan dalam arus kemodenan dan pembangunan.Sesakali saya berasa bangga dengan pencapaian akal fikiran manusia sehingga boleh menjadi maju sebegini.Anak kecil yang baru berumur 3 @ 4 tahun sudah pandai membuka komputer.Sungguh berbeza situasi sekarang berbanding situasi dahulu.

Tapi jauh disudut hati ini, berasa begitu gusar dan runsing apabila melihat keperibadian manusia yang semakin jauh dari nilai - nilai kemanusiaan yang sebenar. Adakah ini yang dinamakan kemodenan yang sebenar?Keikhlasan hanya kerana Allah sudah jauh terpesong.Masing - masing punya kepentingan peribadi.Itukah yang kita kejar selama hidup di dunia ini?Adakah kerana terlalu mengejar harta dunia atau terlalu mengejar nama hingga kita lupa mengejar keredhaan Yang Maha Esa.

Anak - anak semakin membesar.Mereka semakin memahami rencah hidup di dunia yang fana' ini.Sebagai ummi saya semakin risau dengan cabaran-cabaran hidup anak-anak di dunia ini.Risau anak - anak ini dididik oleh tangan - tangan orang yang tidak ikhlas ini.Saya hanya berserah dan tawakkal hanya semata - mata kerana Allah S.W.T "Anak-anak ummi yang ummi kasihi,ummi doakan kalian menjadi pulau yang indah.Di mana semua orang akan tertumpu di situ.Kalianlah akan mencorakkan pulau itu menjadi pulau yang indah di mata, indah di hati yang sentiasa tersemat nur Islam dan Iman.Walau sekuat mana ombak dan badai yang melanda kalian tetap teguh dan kuat.Itulah harapan ummi pada kalian".

"Ummi berharap ummi boleh menjadi ummi yang solehah yang boleh mendidik kalian sehebat Umar Al-Khattab, sepintar Salman Al Farisi, sewarak Uthman Bin Affan, setangkas Salahuddin Al-Ayyubi.Ummi sentiasa mendoakan kalian"

Walaupun cabaran dunia masa kini terlalu dahsyat saya berharap anak - anak ini dapat mengharunginya dengan penuh sabar dan kuat bermujahadah kepada Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal A'lamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan