Ahlan wasahlan

Terima kasih kerana sudi ziarah ke blog saya.Semoga saya dapat berkongsi ilmu yang bermanfaat untuk semua.

Khamis, 15 Julai 2010

pengalaman baru.........

7 Julai 2010 adalah tarikh rasmi saya menjawat jawatan suri rumahtangga.Kembali seperti wanita lain mendidik anak-anak dan menjaga suami tercinta.Ada kebaikan dan keburukannya bagi sesetengah wanita.Tapi bagi saya tiada langsung keburukan menjadi suri rumahtangga.

Ada wanita mengatakan pemikiran suri rumah akan menjadi semakin sempit kalau tidak bekerja dek kerana kurangnya pergaulan dengan orang luar.Bagi saya kenyataan itu bergantung kepada individu itu sendiri.Suri rumah perlu menjadi suri rumah yang proaktif.Banyak libatkan diri dengan NGO2 luar.Insyaaallah minda kita tidak akan menjadi sempit seperti yang kita fikirkan.

Sekarang terjawablah persoalan saya mengapa Rabiah Al-Adawiyah merasa terganggu apabila tinggal bersama masyarakat luar.kalau dulu saya bekerja, amalan fardi saya dibuat dalam keadaan terburu-buru gara - gara kerana mahu mengejar masa.Sibuk dengan urusan pekerjaan yang dibayar oleh majikan.Tetapi sekarang saya lebih selesa dan lebih tenang dalam melakukan segala amalan fardi saya.Tidak perlu terburu - buru dan lebih konsisten.

Hati ini berasa amat puas apabila melihat rumah dalam keadaan kemas dan selesa.Segala-galanya dapat dibereskan dengan sempurna.Kalau dulu sebelum ini segala-galanya tidak sempat.Terpaksa menahan mata melihat rumah yang tidak kemas dan tidak selesa.Anak - anak terpaksa diserahkan kepada pihak jagaan hampir 80% masa setiap hari.Sampai kadangkala timbul rasa bersalah terhadap anak - anak berkaitan dengan kualiti masa bersama mereka.Semoga Allah menerima amalan saya sebelum ini.

Ini hanya secebis pengalaman saya semasa bekerja dan sekarang.Bagi saya setiap wanita perlu ada dalam minda masing-masing bekerja hanyalah untuk membantu suami.Jika suami sudah berkamampuan terpulanglah samada untuk bekerja atau tidak.Fikirlah yang terbaik untuk keluarga masing-masing.Apa yang penting wanita adalah sayap kiri kepada lelaki.Begitu juga isteri, peranan isteri dalam rumahtangga amat penting bagi menaikkan taraf kualiti keluarga tersebut.

2 ulasan:

  1. muallimah dah berhenti mengajar?

    p/s: apa pun, mnurut kata suami adlh terutama.. :)

    BalasPadam
  2. mlmh dah berhenti ngajar dah.tapi mlmh jd wanita lebih hebat.mlmh jd doktor, jadi chef, jd cleaner, jd tukang dobi,pereka dalaman,kadang2 jd komander pun ader.hehehe

    BalasPadam